Thursday, April 28, 2011

~LOVE on 26 may part 3~

hampir sebulan Darmya tinggal di rumah ibunya iaitu Pn.Suraya
kehidupannya kembali seperti biasa...bersama ibu tersayang..
mereka saling berbual antara satu sama lain..
walaupun bersama ibu tersayang,tetapi kerinduan terhadap Qhalef iaitu suaminya masih ada di hati..
Darmya hanya menanti agar Qhalef dapat mengambilnya pulang dan mendapat rezeki yang halal..
Darmya hanya berdoa agar Qhalef tidak melupakannya dan setia kepadanya..
kerana Darmya sungguh setia menanti Qhalef..
Pn.Suraya sebagai ibu,dia sangat memahami akan perasaan anak kesayangannya..
tetapi dia masih mahu mendalami perasaan anak perempuannya itu..
"kesiannya anak aku tu..sebulan dia tunggu suami dia..terseksa agaknya..aku dah ada pengalaman macam tu..aku dah tua..aku faham keadaanya..Ya Allah..apa la nasib anak aku..bila lah kau nak bahagia Darmya..dari kecil kau hidup susah..maafkan mama..mungkin ini salah mama.."

Darmya terlalu rindukan Qhalef..Darmya hanya menanti panggilan dari Qhalef dan SMS dari Qhalef..tetapi jarang..kerana Qhalef terlalu sebuk mencari duit..terlintas di hati Darmya untuk menghubungi Qhalef..tetapi Darmya sangat takut jikalau Qhalef sedang sibuk mencari duit..dan sibuk dengan kerjanya......
Tepat pada pukul 2 petang..Darmya menghubungi Qhalef..
sudah sembilan kali Darmya cuba menghubungi..tetapi,Qhalef tidak menjawabnya..
hanya tuhan yang tahu betapa risaunya Darmya terhadap Qhalef..
"Ya Allah..kenapa dia tak jawab..gelisah aku macam ni..hemm..kalau apa-apa jadi kat dia macam mana?"
Darmya mula berfikiran tidak menentu...Darmya terus menghampiri ibunya iaitu Pn.Suraya..

Darmya : hai mama,..hemmm..(dengan muka yang gelisah)
Pn.Suraya : kenapa ni? macam ada masaalah je..
Darmya : memang pun,Qhalef tu...
Pn.Suraya : haa.. kenapa dengan Qhalef?
Darmya : entah la mama..dah sembilan kali Darmya call..tak jawab pun..dia ada call mama tak hari ni?
Pn.Suraya : tak ada la pula..dia busy kot..sabar lah nanti dia call la tu..
Darmya : hemm dah masuk 3 hari dia tak call mama..tak kan la busy sangat sampai naksent just one message for me pun tak boleh?
Pn.Suraya : sabar je.jangan desak dia sangat Darmya..sabar..nanti2 kalau dia ingat kat kamu dia call la kamu..laki mana yang tak rindu..tak sayang kat bini dia..

Darmya hanya termenung seketika selepas mendengar kata-kata ibunya itu..
tepat pada pukul 8 malam..Darmya sedang sibuk di dapur menolong Pn.Suraya menyiapkan hidangan pada makan malam..tiba-tiba handfone Darmya berdering..
lalu,Darmya menjawabnya..

Darmya : (dengan nada yang lembut) hello,.. assalamualaikum
Qhalef : waalaikumusalam sayang..hai sayang ! buat apa tu?
Darmya : abang ! rindu sangat kat abang..tak buat apa pun..abang pulak?
Qhalef : abang pun rindu kat Darmya..abang baru sampai rumah ni..baru habis kerja..
Darmya : ohh.yeke patut lah tadi Darmya call abang tak jawab..abang ok ke?kerja ok?
Qhalef : abang ok..kerja pun ok..bini abang ni, ok tak?
Darmya : Darmya ok..cuma rindu sangat kat abang..hemm bila lah abang boleh ambil darmya balik kan?
Qhalef : sabarlah sayang..nanti abang dah cukup duit abang datang ambil Darmya ok?Darmya dah makan?
Darmya : baru nak makan abang..tadi tengah siap-siap nak makan..
Qhalef : ok, pergi la makan dulu..nanti abang senang,abang call Darmya lagi ok?
Darmya : ok abang..assalamualaikum..
Qhalef : waalaikumusalam..

Apabila Darmya dapat panggilan dari Qhalef..dia hanya tersenyum lebar..betapa gembira setelah dapat mendengar suara suami yang tercinta iaitu Qhalef..Darmya terus menghampiri ke dapur untuk makan malam bersama Pn.Suraya..

Pn.Suraya : amboi..senyum lebar nampak..siapa call kamu tadi?
Darmya : mesti la happy mama..Qhalef la..siapa lagi..
Pn.Suraya : haaa..kan mama dah cakap..sabar..tengok kan dia dah call kamu..ok,dah la..makan..nanti kita solat isyak sama-sama..

mereka saling bermesra bersama..selepas sahaja solat isyak,..mereka berdua berborak di beranda rumah ibunya..

Darmya : (sambil memicit bahu ibunya) mama..nanti kalau Qhalef dah ada duit,dah dapat rumah kat sana,mama ikut la Darmya balik sana..nak tak mama?
Pn.Suraya : ehh..tak apa lah Darmya..nanti kat kampung ni..siapa yang nak jaga rumah ni?itik-itik mama ni..ayam-ayam..ikan kat kolam tu haa..siapa nak bagi makan..pokok-pokok mama ni..tak apa la Darmya..Darmya tinggal je dengan Qhalef kat sana..pasal mama,jangan risau..
Darmya : ala mama ni,Darmya kesian kat mama..
Pn.Suraya : mama lagi kesian tengok kamu..dah sebulan tak jumpa Qhalef..rumah tangga macam tergantung..rumah tak ada..sementara mama ada..tak apa..mama boleh tengok-tengokkan kamu..nanti kalau mama dah tak ada?
Darmya : mama..jangan la cakap macm tu..Qhalef kan tengah cari duit..nanti Darmya usaha la juga..
mama jangan risau ok?..
Pn.Suraya : tak tahu la Darmya..mama susah hati fikirkan kamu..papa kamu tu senang je lepaskan tangan bila dah nikahkan kamu dengan si Qhalef tu..sepatutnya,umur macam kamu ni..belajar..ada kawan-kawan..tapi mama tak salahkan siapa-siapa..sebab mama percaya pada jodoh pertemuan..Allah dah tetapkan macam tu..
Darmya : mama..yang lepas tu tak payah la cakap-cakap lagi ye..bukan percaya pada jodoh je..tapi Darmya percaya pada dugaan,hikmah dan takdir dariNya..mungkin ada hikmahnya Darmya jadi macam ni..
Pn.Suraya : betul tu Darmya..Darmya banyakkan berzikir..sabar..tuhan sentiasa ada dengan kita..
jadi lah isteri yang baik..

setelah mereka berbual-bual..Darmya masuk ke kamarnya..dan hanya termenung mengenang nasihat oleh ibunya..Darmya sungguh keliru dengan kehidupannya..sungguh pun masih mentah di dalam situasi rumah tangga..namun,dia menghadapi dengan tabah..'jadi isteri yang baik..hemm memang aku tengah cuba..tapi terlalu banyak sangat masaalah yang aku fikirkan..mungkin ini cabaran dalam hidup aku..Ya Allah..kau beri lah pentunjuk Ya Allah..tunjukan jalan yang benar..janganlah kau pisahkan kami suami isteri..'
tepat pada pukul 1 pagi..handfone Darmya berdering..Darmya terus menjawab dengan penuh kegembiraan kerana dapat panggilan daripada Qhalef..

Darmya : abang ! kenapa tak tidur lagi ni?
Qhalef : abang tak boleh tido..saja call..Darmya kenapa tak tidur lagi?
Darmya : Darmya baru nak tidur..baru lepas borak2 dengan mama tadi..tak sedar..tengok-tengok dah nak pukul satu...
Qhalef : ohh..hemm tak apa lah..tidur lah..abang pun nak tidur..dengar suara Darmya baru rasa nak tidur..
Darmya : isshh abang ni..ada-ada je..ok..good night abang..assalamualaikum..
Qhalef : waalaikumusalam..

setelah habis Qhalef berbual dengan Darmya..Qhalef terus mencapai dompetnya..lalu,mengeluarkan sekeping gambar iaitu gambar Darmya..lalu,Qhalef mengucup gambar itu lalu berkata.. 'sabar sayang..tunggu abang pergi sana ambil Darmya balik sini..maafkan abang kerana tak mampu bagi kebahagiaan dan kasih sayang kat Darmya..walaupun abang tak terlalu mengambil berat Darmya disana disebabkan abang sibuk disini,tapi abang terlalu sayangkan dan cintakan darmya...'

BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment